22 October 2009

Order



Tempahan dari Puan Rohani KWSP, 60 biji lolichoc.. terima kasih.

22 August 2009

Lollychoc







20 August 2009

Comelkan teddy choc ini? Amat sesuai untuk birthday party anak² anda, menggunakan dark dan white chocolate with almond nibs dengan beberapa perasa seperti oren, stoberi dan mint.






18 August 2009


Jualan pertamaku... milk dan dark chocolate with almond nibs ditempah oleh cikgu Jamilah sebanyak 4 bekas. Thanks q very much cikgu.




10 August 2009

Chocolate Door gifts


Lollychoc



2pcs chocolates in Square Clear Box








Packaging

Homemade Choc - Exclusive Gift Pack (soft)
Sesuai untuk wedding doorgift dan lelain acara.


(koleksi gambar dari adikmanja)







Assorted chocolate

Sebahagian coklat yang telah dihasilkan menggunakan real chocolate dan dark compound...ada pelbagai bentuk dan perisa spt koko, strawberry, oren dan nutty. Setiap coklat ini berat lebih kurang 12 gm sebiji.















06 August 2009

Coklat bagus untuk kesihatan?

Kenapa Anda Perlukan Coklat

Coklat adalah kaya dengan antioxidant seperti catechins an phenols. Ia
membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Kandungannya sama
seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang.

Coklat hitam dikatakan mempunyai empat kali kadar catechins dan
phenols berbanding teh. Untuk makluman, satu kajian menyatakan,
minumlah teh tanpa susu untuk mendapat khasiat antioxidant teh.

Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung.
Antioxidant yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA
daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak
yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.

Coklat tidak mengemukkan. Tidak ada satu jenis makanan akan
menyebabkan gemuk. Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan
meningkatkan kalori. Jika kalori ini tidak dibakar sebanyak ia
diambil, ini yang menyebabkan kegemukan. Makanlah coklat dalam kadar
yang sederhana, bukan sekadar coklat malah semua jenis makanan.

Satu kajian yang dijalankan di Universiti Pittsburgh mendapati coklat
tidak menyebabkan migrain seperti yang disangkakan sebelum ini. Mereka
yang sering mengalami migrain atau sakit kepala boleh memakannya tanpa
perlu risau ia akan menyebabkan sakit kepala.

Malah coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang, yang menjadi
penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat. Coklat keluarkan
endorphins yang membuat kita rasa gembira.

Makan seberapa banyak dan kerap, coklat bukanlah bahan ketagihan.
Permakanannya boleh dihentikan bila-bila masa.

Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Ini
boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu.

Coklat bukanlah penyebabkan jerawat. Jerawat disebabkan oleh perubahan
hormon dan genetik. Jangan streskan diri, makanlah coklat. Ia boleh
tenangkan anda sewaktu stres.

Coklat mengandungi phenylethylamine dan tyramine, bahan kimia yang
menyebabkan rasa sayang dan berahi. Coklat adalah salah satu makanan
aphrodisiac. Phenylethylamine adalah kimia yang berkait dengan
amphetamines. Ia meningkatkan aliran darah, kadar glukos dalam darah,
jadikan kita lebih waspada atau sedar dan rasa puas. Coklat boleh
dikatakan makanan untuk seks selain tiram.

Coklat berwarna hitam merupakan sumber tembaga (copper) dan dalam
kadar sedikit adalah perlu untuk kesihatan metbolisma dan membantu
menghalang penyakit Alzhemier's dan osteoporosis.

Bagi wanita yang menghadapi PMS, makan coklat dapat membekalkan
magnesium yang diperlukan oleh badan. Datang bulan mengurangkan kadar
magnesium dalam badan dan ini meningkatkan masalah kesakitan waktu
haid (PMS).

Selain coklat, mengambil soya 40mg ke 80mg sehari boleh melegakan
masalah yang timbul akibat datang haid kerana soya mengandungi
phytoestrogens, struktur kimia yang hampir sama dengan estrogen. Mampu
menolong mengurangkan ketegangan.

Bagi wanita, coklat menggalakkan pengeluaran kimia endorphins bagi
otak wanita, yang menggalakkan rasa gembira dan mengurangkan stres.

Makan coklat adalah baik untuk kita, namun seperti mana-mana makanan
janganlah ambil berlebihan.

sumber dipetik dari: http://groups.google.com.my/group/tipswanita/msg/01b86e0239ce33d0



05 August 2009

Salam pengenalan




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih kerana mengunjungi my chocoholic house. Bagi penggemar cokelat diluar sana... dapatkan produk keluaran terbaru dari kami homemade chocolate. Rasailah kelazatan coklat halal buatan tangan yang enak berperisa.

Untuk menyerikan lagi majlis istimewa anda, kami juga ada mengambil tempahan membuat gubahan coklat untuk hantaran pertunangan, perkahwinan, cenderahati untuk tetamu, hari lahir, valentine day dan sebagainya. Jika berminat hantarkan pesanan anda melalui email, sms atau call untuk membuat tempahan.




Terima kasih